This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tempahan/ Pembayaran Baja Green Drops

CARA PEMBELIAN BAJA GREEN DROPS SEMUDAH A, B, C

Pembelian baja Green Drops boleh dilakukan menggunakan bayaran deposit ke akaun seperti tertera di bawah menerusi bayaran di kaunter bank, bayaran di mesin deposit ATM atau melalui online banking. Anda boleh menghubungi Puan Nurul di talian 0133706529 untuk mengesahkan pembayaran atau pertanyaan stok
Setelah berjaya membuat transaksi ke dalam akaun di atas, sila maklumkan kepada pihak kami berkenaan butiran pembayaran melalui SMS ke no 0133706529 seperti yang tertera di bawah:



TERIMA KASIH
BAJA GREEN DROPS, RAJA SEGALA BAJA
"...BAJA CECAIR ORGANIK YANG MAMPU MENGURANGKAN KOS SECARA DRASTIK SEHINGGA 70% DAN MENINGKATKAN HASIL SAWIT SEHINGGA 2 KALI GANDA DALAM MASA 3 BULAN !!...."

Testimonial Tanaman Lain


Tanaman Bunga :




Tanaman Buah & Sayuran :





Profil Syarikat

KAMI ADALAH PEMBEKAL UTAMA BAJA GREEN DROPS DAN ANDA BOLEH MEMBUAT PEMBELIAN TERUS DARI KAMI DENGAN CARA BERIKUT:
1. PILIH JUMLAH BAJA (1 BOTOL / PAKEJ (4 BOTOL)
2. BANKIN KE AKAUN MAYBANK/AGROBANK GREEN FOLIAR TRADING MENGIKUT JUMLAH PEMBELIAN.*tambah RM10 untuk pos, PERCUMA untuk pakej*
3. HANTARKAN SMS/WASSAP KE 0133706529 BERKENAAN PEMBAYARAN DAN MAKLUMAT DIRI. CONTOH:
(RM310, MAYBANK, ARRIFIN AHMAD, NO 22, JALAN KERAMAT JAYA, PETALING JAYA, 46000 SELANGOR, 012-6574328)
4. SYARIKAT AKAN SAHKAN PEMBAYARAN DAN MEMBUAT PENGHANTARAN BAJA SECEPAT YANG MUNGKIN.
5.TRACKING NUMBER AKAN DIBERI KEPADA PEMBELI SETELAH PENGHANTARAN MELALUI POS LAJU DIBUAT.
6.PEMBELI AKAN MENDAPAT BAJA GREEN DROPS DALAM MASA 1-3 HARI BERGANTUNG TEMPAT PENGHANTARAN.

PENGUMUMAN



Pihak Green Drops SDN BHD ingin memaklumkan kepada semua yang Encik Radishah Irman Bin Shahabodin tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan Green Drops SDN BHD. Sebarang urusan sila berhubung dengan wakil jualan kami yang sah. Sila berhubung dengan Pengarah Eksekutif (Pengurusan dan Teknikal) Encik Hadi Latif (012-6776917) atau Pengarah Urusan Encik Suhairi (019-4731793) untuk maklumat lanjut. Pembayaran daripada pelanggan adalah hanya kepada akaun syarikat dan akaun agen jualan kami yang sah. Di atas populariti produk kami, jangan sampai terbeli produk ciplak dari mereka yang tidak bertanggungjawab. ‘KATAKAN TIDAK KEPADA SEBARANG PENIPUAN‘.

"...BAJA CECAIR ORGANIK YANG MAMPU MENGURANGKAN KOS SECARA DRASTIK SEHINGGA 70% DAN MENINGKATKAN HASIL SAWIT SEHINGGA 2 KALI GANDA DALAM MASA 3 BULAN !!...."

Masalah utama yang dihadapi oleh para peladang adalah kenaikan harga kos baja yang semakin meningkat dan penggunaan baja kimia yang berlebihan menyumbang kepada serangan penyakit kepada pokok.

Sebagai seorang petani, adakah anda mengalami masalah berikut?

  • Kerosakan struktur tanah
  • Penyakit tanaman seperti Ganoderma 'membunuh' pokok sawit dan menyebabkan kerugian besar
  • Hasil sawit tidak sampai satu tan seekar malah tidak sampai separuh!
  • kos baja yang saban tahun makin meningkat!
  • Pendapatan dari tanaman kelapa sawit yang sangat rendah!

Tahukah anda?
  1. Penggunaan baja kimia berlebihan mampu merosakkan menjadikan tanah berasid dan bertoksik? 
  2. Penggunaan baja N,P, K hanya memberi makanan terus kepada tumbuhan, tetapi tidak menjadikan tanah dan tanaman menjadi subur?
  3. Penggunaan baja kimia N,P, K akan merosakkan struktur tanah?
  4. Organisma dan mikro organisma banyak membantu kepada keperluan mineral dan nutrien kepada tanah?
  5. Organisma dan mikro organisma juga mampu meningkatkan daya tahan penyakit dan tanaman menjadi semakin sihat? 

KAMI MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH ANDA!!

Memperkenalkan Raja Segala BajaBaja Green Drops oleh Syarikat Green Drops SDN BHD.

Hasil teknologi terkini dari Jepun, Thailand dan Malaysia, anda tidak perlu lagi pening dengan masalah-masalah di atas kerana Baja Green Drops mampu menyelesaikan masalah anda! Dengan hanya sedikit semburan sahaja, pokok sawit anda yang bermasalah akan dapat di atasi. Mengapa perlu bayar lebih untuk mendapat hasil tanaman sawit yang berkualiti kerana dengan kos RM20 per ekar, berat buah sawit anda bukan sahaja bertambah berat, malah jumlah tandan juga akan turut bertambah!! Ini sekaligus meningkatkan hasil ladang sawit anda seperti yang anda inginkan!.

PERNAHKAH ANDA TERFIKIR, BERAT SETANDAN BUAH SAWIT MAMPU MENCECAH 80KG MALAH SEHINGGA 100KG?
POKOK SAWIT BERUSIA 33 TAHUN MAMPU MENGELUARKAN 50MT SEHEKTAR DENGAN PURATA BERAT SETANDAN 50KG?
POKOK SAWIT YANG TIDAK PERNAH BERBUAH MENGHASILKAN TANDAN SELEPAS 2 BULAN SEMBURAN BAJA GREEN DROPS!

Apakah kelebihan yang ada pada baja Green Drops yang sangat berkesan ini?
  • Kos pembajaan menggunakan baja Green Drops jauh lebih murah berbanding baja butir dimana harga kos per ekar seminimum RM20 sahaja. Sungguh jimat!!
  • Baja Green Drops juga mampu meningkatkan kesuburan unsur tanah dan bahan organik tanah sekaligus memulihkan stuktur tanah yang gersang dan tandus!
  • Baja Green Drops juga akan memperkuatkan sistem ketahanan dari segi penyakit, serangan serangga dan cuaca panas/ kemarau
  • Baja Green Drops membantu mengurangkan Fungal, Pathogen, Nematode dan lain-lain penyakit dalam tanah.
  • Meningkatkan kadar mineral sedia ada kepada tumbuhan
  • Menggalakkan pertumbuhan akar baru dan perubahan ini dapat dilihat seawal 3 minggu selepas semburan!
  • Meningkatkan berat buah sawit dan jumlah tandan sawit dengan lebih berkesan!
  • 100% Organik
  • Berfungsi untuk tanah, akar, batang, buah dan daun.
  • Menggunakan teknik semburan kabus dimana baja menyerap hanya dalam masa 2 jam!
Mari kita selidik kandungan baja Green Drops ajaib ini: 
Baja Green Drops mengandungi berjuta mikrob yang baik untuk tumbuhan. antara mikrob yang ada pada baja Green Drops adalah mikrob bakteria fotosintesis, mikrob yis dan mikrob bakteria asid laktik. selain itu, baja Green Drops juga diperkayakan dengan nutrien-nutrien penting yang ada pada baja kimia lain seperti Aluminium, Boron, Calcium, Carbon, Copper, Iron, Magnesium, Manganese, Molybdenum, Nitrogen, Oxygen, Phosphorous, Potassium, Sodium, Sulphur dan Zinc. Kandungan Zeolite dalam baja Green Drops juga merawat air dengan mengubah tahap pH masam (pH 3 – 5) kepada pH neutral (pH 7 – 8)


Lihat Testimonial Pengguna Baja Green Drops Ke Atas Pokok Kelapa Sawit









 Tempahan dan Pembelian, Klik Dibawah!...


TUNGGU!! KAMI ADA PROMOSI TERBAIK UNTUK ANDA!
**Kami tidak mengenakan cukai GST ke atas produk baja kami. Kami cuba mengekalkan harga terendah demi anda! Selamat Maju Jaya**

DAPATKAN PAKEJ PROMOSI KAMI SEKARANG!! 



watsapp @ call 0133706529 untuk maklumat lanjut promosi.


Cara Penggunaan Baja Green Drops:
  • Sediakan tong bancuhan 15 liter. Pastikan bancuh sebotol baja 500ml dengan 15 liter air paip atau air hujan (asalkan air tidak tercemar) tidak kurang dan tidak lebih.
  • Sediakan alat penyembur seperti dalam gambar dan video untuk memudahkan proses membaja. Sebaiknya guna penyembur yang baru yang tidak pernah digunakan untuk menyembur racun sebelum ini. Baja yang telah dicampur dengan air boleh digunakan dalam tempoh 2tahun.
  • Bersihkan area sekeliling 2-3 kaki dari pangkal pokok daripada sebarang daun kering atau pelepah mati untuk memastikan baja tersebar ke tanah. Rumput tidak mengapa kerana rumput diperlukan untuk menjaga kelembapan tanah.
  • Sembur pada akar/umbi/pangkal yang berdekatan tanah 3 kali/1 pusingan separuh pokok (untuk kali pertama boleh 6 kali semburan/2 pusingan mengelilingi pokok), kemudian semburkan 2 kali di sekitar 2-3 kaki tanah yang telah dibersihkan dan jika sampai pada pucuk boleh sembur sekali sahaja pada area buah/mayang/daun. Pastikan semburan kabus paling halus kerana bakteria akan tersebar dengan baik. Cukup dengan total 4-6 kali semburan sahaja pada satu pokok. (Semburan tidak perlu membuatkan kita mengelilingi pokok, cukup sekadar menyembur dalam bentuk ‘C’ atau sebelah/sebahagian/separuh pokok). Manual Pembajaan Penuh DI SINI.
Puan Nurulhuda
Pengurus Agensi Green Foliar Trading
Tel: 0133706529
greenfoliar.trading@gmail.com


Menjual Baja Sawit Organik Paling Berkesan Di Sabah Sarawak

Adakah anda mengalami masalah berikut?

  • Menanggung kerugian dari hasil sawit yang semakin berkurang?
  • Peningkatan harga baja yang semakin meningkat saban tahun terutama selepas perlaksanaan GST?
  • Baja makin mahal, hasil tetap tak meningkat?
  • Baja kimia merosakkan struktur tanah yang dahulunya subur?
  • Mencari baja organik yang betul-betul berkesan di Sabah Sarawak?
  • Mencari baja organik yang mampu meningkatkan hasil tetapi dengan kos yang rendah?
BAJA GREEN DROPS MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH ANDA! 
Penggunaan baja kimia berterusan sememangnya memberi kesan buruk ke atas tanah sawit anda. Anda PERLU dan MESTI suburkan tanah anda dahulu untuk mendapatkan hasil tanaman sawit yang memuaskan. Tanah  yang subur mengandungi jisim pejal dan organisma yang mereput (mikrob). Baja Green Drops mengandungi semua unsur yang diperlukan oleh tanah untuk terus subur dan memberikan tanaman sawit anda nilai yang tinggi. 

Kenapa anda mesti memilih Baja Green Drops sebagai baja sawit anda di Sabah Sarawak?




  1. Baja Green Drops 500ml berharga RM345 untuk jualan di Sabah Sarawak. Pembajaan yang digalakkan adalah sebulan sekali untuk pokok yang sudah menghasilkan buah dan bagi pokok yang belum berbuah, digalakkan 3 bulan sekali.
  2. Kami menawarkan harga pakej yang sangat menjimatkan untuk pembeli dari Sabah Sarawak.
  3. Pembelian harga pukal iaitu 5 set atau 10 set, anda akan dapat tambahan botol percuma!!
  4. Penghantaran baja akan dilakukan menggunakan pos laju dan pos adalah PERCUMA mulai bulan September hingga Oktober ini tidak kira berapa jumlah botol anda beli!
  5. Pembelian secara pukal juga membolehkan anda mendapat hadiah istimewa dari kami!
  6. Penghantaran baja Green Drops akan dihantar terus sebaik anda membuat pembayaran.
Penghargaan kepada orang Sabah dan Sarawak, kami dari Green Foliar Trading sangat berbesar hati untuk memberitahu bahawa kami menjual baja organik Green Drops khas untuk anda dengan harga istimewa untuk pembelian pukal! Hubungi Puan Nurul di talian 0133706529 untuk maklumat lanjut.

Bagaimana Pembajaan Kelapa Sawit Musim Hujan

Seperti yang kita sedia maklum, harga sawit mentah pada masa kini semakin hari semakin rendah, manakala harga baja pula semakin meningkat. Oleh sebab itu, pengurusan dan pengetahuan tentang pembajaan perlu ditingkatkan agar kos pembajaan tidak membebankan peladang kecil mahupun sederhana. Salah satu masalah yang perlu dihadapi oleh peladang sawit di Malaysia adalah pembajaan pada musim hujan.


Perkara Yang Perlu Dilakukan Oleh Petani Menghadapi Peningkatan Kos Pembajaan

  1. Pembajaan secara berterusan: Ini bermakna, pokok sawit haruslah sentiasa dibaja walaupun harga baja meningkat. Pembajaan adalah penting agar pokok sawit sentiasa mendapat nutrien yang diperlukan oleh tanah untuk terus subur. Sekiranya tidak mendapat pembajaan yang teratur, pokok sawit akan mudah dijangkiti penyakit dan ini sekaligus akan meningkatkan kos petani untuk merawat penyakit pokok tersebut kelak. Harga baja sudah lah mahal, bertambah pula kos untuk perawatan pokok yang sudah semestinya akan membebankan para petani.
  2. Pembajaan Menggunakan Baja Organik: Sekiranya pokok sawit yang ditanam masih menghasilkan buah yang kurang bermutu, hasil yang kurang memuaskan dan pokok berpenyakit, ini menandakan bahawa pembajaan menggunakan baja sebatian atau baja kimia semata-mata adalah salah. Kaedah pembajaan menggunakan baja kimia semata-mata akan menyebabkan tanah terus tandus dan kemampuan untuk menyerap air akan semakin berkurangan. Bila tanah tandus, taburan baja yang banyak sekalipun tidak dapat diserap oleh tanah dengan cekap. Pembaziran baja akan berlaku. Peranan baja organik akan membantu meningkatkan kecekapan tanah menyerap air dan nutrien dari baja yang ditabur. Boleh lihat perbezaan baja organik dengan baja kimia disini: http://greenfoliar.blogspot.my/2014/07/kelebihan-baja-organik-berbanding-baja.html 
Bagaimana Pembajaan Kelapa Sawit Musim Hujan
  1. Membaja Sebelum Hujan Turun: Sekiranya cuaca biasa turun pada sebelah petang, membaja perlu dilakukan pada sebelah pagi. Kaedah pembajaan sebegini sesuai untuk baja yang mampu menyerap dalam 2-5 jam. Baja Organik Green Drops mempunyai kadar serapan yang tinggi iaitu mampu menyerap ke dalam tanah dalam masa 2 jam sahaja. Oleh itu, pembajaan pada musim hujan tidak menjadi masalah. Kadar penyerapan yang tinggi ini boleh dilihat melalui kesan pada akar muda yang tumbuh hanya selepas 3 minggu pembajaan.

Testimoni Penghantaran Baja Green Drops


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini, saya ingin menunjukkan bukti pembelian baja Green Drops oleh customer-customer kami yang tidak putus-putus menyokong produk baja Green Drops. Alhamdulillah, lebih dari 50% dari pelanggan kami adalah repeat customer. Ini membuktikan bahawa baja Green Drops mampu mengurangkan kos dan meningkatkan hasil ladang seperti yang diinginkan oleh para petani selama ini. Terima kasih sekali lagi kerana menyokong produk baja Green Drops!!
















Cara Pembajaan Baja Green Drops



CABUTAN BERTUAH BAJA GREEN DROPS OLEH GREEN FOLIAR TRADING


CABUTAN BERTUAH
(1 NOVEMBER HINGGA 30 DISEMBER)


Sertai pertandingan Cabutan Bertuah dari Syarikat Green Foliar Trading dengan setiap pembelian baja Green Drops, Baja Terbaik Asia.




HADIAH UTAMA:
CEK BERNILAI RM500 X 1 DAN 3 BOTOL BAJA GREEN DROPS

HADIAH KEDUA:
CEK BERNILAI RM300 X 1 DAN 2 BOTOL BAJA GREEN DROPS

HADIAH KETIGA:
CEK BERNILAI RM100 X 1 DAN 1 BOTOL BAJA GREEN DROPS


Syarat Penyertaan:
1.    Setiap pembeli yang membuat pembelian dengan kupon akan layak menyertai cabutan bertuah tersebut.

2.    Semakin banyak unit botol baja Green Drops yang dibeli, semakin tinggi peluang anda untuk mendapat hadiah lumayan.

3.    Setiap seorang pembeli yang membuat pembelian akan diberi sehelai kupon yang mempunyai no siri yang berbeza. Untuk pembelian lebih dari 1 botol, no siri adalah sama tetapi jumlah kupon akan bertambah. Contoh: tiga botol baja akan mendapat 3 kupon dalam 1 resit.  

4.    Pembeli yang membuat pembelian menggunakan kupon akan mendapat diskaun RM10 setiap 1 botol dan penghantaran pos laju percuma ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak.

5.    Kupon sah digunakan bermula 1 November 2014 sehingga 30 Disember 2014.

6.    Peserta yang menang cabutan bertuah akan diumumkan melalui telefon @ whatsapp pada 31 Disember 2014 dan hadiah akan dihantar terus ke pintu rumah!

7. Kupon telah mulai diedarkan kepada pembeli-pembeli yang pernah membuat pembelian baja dari kami. Sekiranya anda ingin membuat pembelian tetapi belum menerima kupon yang dihantar oleh pihak kami, sila SMS atau whatsapp Puan Nurul untuk keterangan lanjut.

8. Sekiranya anda ingin membuat pembelian baja dari kami dan masih tidak mempunyai kupon, boleh hubungi kami melalui whatsapp atau SMS ke 0133706529 dan anda akan diberi no siri kupon yang baru dan layak mendapat diskaun dan menyertai pertandingan cabutan bertuah tersebut. .

KELEBIHAN BAJA ORGANIK BERBANDING BAJA KIMIA

Penggunaan baja organik di Malaysia semakin hari semakin meningkat berikutan kesedaran peladang dan petani yang semakin sedar tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang lebih selamat dan selesa. Terdapat banyak persoalan yang timbul berkenaan dengan baja organic. Apakah itu baja organik? Dan apa yang baja organik mampu lakukan? Di sini, kita akan menjawab persoalan-persoalan tersebut.

Baja organik adalah baja yang diperbuat daripada bahan organik samada secara keseluruhannya atau sebahagian dari unsur baja tersebut. Ini termasuklah najis binatang, rumpai laut, tulang binatang, tumbuhan yang mereput, sisa makanan dan bahan-bahan berkaitan. Secara ringkasnya, apa jua bahan semulajadi dan mereput pada akhirnya adalah dikategorikan sebagai organik.
Kelebihan baja organik?



1.      Baja organik mampu meningkatkan keupayaan tanah untuk menampung air dan nutrien dalam tanah dengan lebih cekap. Ia sangat berguna terutamanya kepada tanah berpasir yang mudah hilang nutrien dan tidak dapat menahan air semasa hujan lebat.

2..     Baja organic juga membentuk persekitaran yang bermanfaat dan habitat kepada cacing tanah dan hidupan mikrob yang bertindak menjadikan tanah lebih subur.

3.      Baja organik melepaskan  nutrien secara perlahan-lahan dan sistematik. Baja organik akan mengurai nutrien dalam tanah secara perlahan-lahan dan ini akan menjadikan tanaman menerima nutrien semulajadi yang menggalakkan kesuburan dan perkembangan tanah yang maksimum.

    . Justeru, baja organik juga tidak akan membakar atau memusnahkan tanaman.  Baja bukan organik, atau baja kimia yang digunakan secara berlebihan akan menyebabkan kemusnahan dan kerosakan terhadap tanaman tersebut. Ianya tidak akan berlaku kepada baja organik kerana  ia melepaskan nutrient kedalam tanah secara perlahan-lahan  dan tidak berlebihan.

5..      Baja organic sudah semestinya tidak mencemarkan air bawah tanah berbanding baja kimia yang mampu mencemarkan air bawah tanah.


Kekurangan baja organic
1.       Baja organic memerlukan pengendalian yang agak remeh dimana aplikasi pembajaan menggunakan baja organic dikendalikan menggunakan tangan dan ini akan memakan masa yang agak lama.
2.       Memerlukan kuantiti yang agak banyak kerana baja organic bertindak lebih lambat berbanding baja kimia. Selain itu, baja organic hendaklah digunakan lebih awal dan lebih kerap semasa fasa perkembangan supaya tanaman menerima nutrient yang diperlukan pada masa yang tepat.
3.       Terdapat risiko terkena serangan pathogen. Baja organic yang diperbuat dari bangkai binatang yang mungkin membawa pathogen akan membahayakan manusia sekiranya ia tidak diurai dengan betul.


Oleh itu, terdapat kelebihan dan kekurangan baja organic. Namun, kita hendaklah kembali kepada fitrah semulajadi dan berusaha untuk menjaga persekitaran agar anak cucu kita akan menikmati persekitaran yang selesa dan hijau pada masa akan datang. Baja organic sangat digalakkan untuk mengekalkan kesuburan tanah yang jitu dan perkembangan tumbuhan yang lebih baik dan selamat. Selain itu, persepsi mengatakan bahawa baja organic tidak berkesan dan tidak berbaloi kepada tanaman hendaklah dihapuskan demi kemandirian alam sekitar yang lebih baik untuk generasi akan datang. 

Video Pembajaan Baja Green Drops










Testimonial kelapa sawit (Sungkai, Perak)

Sudah ramai yang mencuba baja Green Drops dan berpuas hati dengan kesan selepas pembajaan.













Kelebihan Baja Menggunakan Unsur Zeolite

Seperti yang anda sudah maklum, baja Green Drops mengandungi semua unsur yang diperlukan oleh tumbuhan untuk tumbuh sihat dan subur. Salah satu unsur penting yang ada pada baja organik cecair Green Drops adalah unsur zeolite. Tahukah anda apakah unsur zeolite tersebut?

Zeolite merupakan mineral natural yang sangat menakjubkan dan istimewa kerana kemampuannya yang luar biasa dalam menyerap, memerap (hold release) dan menukar pelbagai jenis kimia seperti nutrien, racun dan ion. Zeolite terbentuk dari komponen lahar gunung berapi berjuta tahun dahulu dan sangat berguna dalam menyuburkan tanah.



Zeolite mempunyai struktur atom dalaman yang berongga yang menyediakan ruang terbuka dengan rangkaian ruang-ruang yang memberikan permukaan yang luas (sehingga 450m2/g) dan kemampuan yang tinggi sehingga 45% untuk merangkap dan menukar unsur-unsur seperti air dan lain-lain molekul tanpa mengubah strukturnya.

Zeolite juga sangat aktif, tidak mudah larut dan mempunyai mineral semulajadi yang stabil dimana ia merupakan sebahagian dari kumpulan hydrated alumina silicates dan sangat sesuai digunakan sebagai penambahan organik dalam perladangan dan perkebunan. Ia mempunyai unsur negatif diimbangkan dengan unsur-unsur bebas yang berunsur positif. Ini menjadikannya perangkap yang sangat sesuai untuk unsur-unsur positif seperti ammonium yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi dan potassium yang akan dilepaskakn pada kadar yang diperlukan oleh tumbuhan. 

Mineral utama yang terdapat di dalam Zeolite ialah clinoptilolite yang merupakan silikat kalsium, potassium, magnesium dan alumino dan memiliki kadar penukaran cation (CEC) +120 meq./100g. Zeolite amat keras dan rendah dalam kandungan sodium berbanding dengan mineral jenis lain yang terdapat di pasaran, dan dengan itu amat tahan dengan segala keadaan dan sesuai untuk kegunaan perladangan dan perkebunan. 

Kepentingan Elemen Boron dalam Baja

Salah satu dari elemen yang perlu ada pada sesebuah baja yang baik adalah wujudnya elemen Boron. Boron sering menjadi salah satu elemen mikro yang paling kurang dalam perladangan minyak kelapa sawit. Peranan terbesar elemen Boron dalam kelapa sawit adalah sebagai komponen utama dalam proses-proses pertumbuhan kelapa sawit seperti pembahagian sel, pertumbuhan akar, pembentukan dinding-dinding sel, pengangkut gula dan pengambilan kalsium.

Elemen Boron diperlukan dalam:

  1.  Mengelak terjadinya 'pelepah tulang ikan' atau pelepah berkerut
  2. Menyingkirkan berlakunya jalur putih pada daun
  3. Mengelak berlakunya tandan tanpa ada biji
  4. Membantu penghasilan tandan baru yang segar
  5. Menggalakkan pertumbuhan akar



Kesan kekurangan elemen Boron pada pelepah pokok kelapa sawit

Baja Green Drops merupakan salah satu baja yang mengandungi sejumlah elemen Boron sekurang-kurangnya lebih dari 400 ppm. Ini menjadi salah satu kelebihan yang ada pada baja organik foliar Green Drops dalam membantu meningkatkan hasil kelapa sawit. 

Jenis Penyakit Pokok Kelapa Sawit Dan Cara Rawatan Pencegahan

Pengurusan penyakit tanaman sawit merupakan aspek penting untuk menambah kuantiti dan kualiti hasil yang akan dikeluarkan. Bagi industri sawit, beberapa penyakit telah dikenalpasti boleh menjejaskan industri pengeluaran minyak sawit. Penyakit-penyakit tersebut adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti  genetik dan kulat.

Penyakit Jembala (Crown Diseases)
Penyakit ini mudah dikesan apabila terdapat pelepah dan daun menjadi patah di bahagian tengah mengakibatkannya berbau busuk. Antara faktor penyebab berlakunya penyakit Crown Diseases ini adalah pokok yang baru berkembang mengalami tekanan atau stress, menerima kurang nutrisi dan genetic. Pada peringkat akhir serangan, pelepah dan pucuk yang patah akan berbentuk mahkota (crown)



Penyakit reput pucuk (rut bot- spear Rot)
Penyakit ini dapat dikesan apabila bahagian pangkal pucuk muda menjadi perang.  Pucuk yang mati senang dicabut dan jika umbut tidak terjejas kemungkinan pokok akan mengeluarkan pucuk baru. Pokok yang diserang penyakit ini akan mengeluarkan bau busuk (putrid odour) dan mempunyai kaitan dengan serangan bacteria. Dalam jangka masa 12-24 bulan, pokok yang terkena serangan penyakit ini akan mengeluarkan berat buah yang semakin berkurangan termasuk kualiti pengeluaran minyak oleh tandan terbabit. Pokok yang mengalami serangan yang serius akan mati.

Reput batang bahagian atas (Upper Stem Rot)
Pokok yang diserang akan terdapat tompok-tompok kuning (chlorisis) pada daun. Ibu kulat (sporophores) biasanya tumbuh seperti kulit keras berwarna perang kekelabuan berukur 8sm -  10sm.

Reput Tandan Buah (Marasmius)
Tanda-tanda penyakit mudah dikesan apabila tandan buah reput diliputi bebenang putih (mycelium). Apabila keseluruhan tandan buah diserang, cendawan-cendawan akan kelihatan. Cendawan – cendawan ini selalunya berwarna putih dan berubah menjadi merah samar pada musim kering atau kemarau.


Penyakit reput pangkal batang (Basal stem Rot)
Agen penyebab; Ganoderma boninense
Penyakit ini telah dikenalpasti boleh menjejaskan Industri pengeluaran minyak sawit.
Mengikut laporan, dibahagian tepi pantai pokok yang berumur 13 tahun ke atas, sebanyak 80% akan diserang penyakit BSR.
Di bahagian pedalaman pula, pokok yang berumur 13 tahun keatas menunjukkan 30% berpotensi diserang oleh penyakit BSR. 




Penyakit ini menyebabkan pucuk tidak berkembang atau tidak terbuka dan akhirnya menjadi perang dan mati. Serangan bermula dari pelepah tua. Pelepah yang mati menjadi terkulai, membentuk seperti penutup di sekeliling batang. Apabila pangkal batang reput, semua pelepah akan mati. Pada peringkat awal, ibu kulat menjadi putih dan berubah-ubah menjadi perang berkilat pada bahagian atas. Penyakit BSR juga merupakan sejenis penyakit yang mudah berjangkit dan bersifat parasit pada akar dan pohon.

Pada asasnya penyakit BSR disebar oleh Spora cendawan dengan beberapa cara ;  
1. Pembiakan 'Berseks' dan 'Tanpa seks' .
2. 
Disebar oleh tanah dan akar. 
3. Disebar oleh air dan udara.
4. Disebar oleh serangga.
5. Disebarkan oleh pekerja.
6. Pekebun yang kurang pengetahuan BSR...
 
Miselium boleh merembeskan pelbagai jenis enzim yang boleh menguraikan serat kayu pokok kelapa sawit dan menyerap menjadi pemakanan, pada masa yang sama ia akan  mereput pokok kelapa sawit. Faktor-faktor yang mungkin menyebabkan penyakit BSR

1. Persekitaran yang lembap.
2. Tanah yang berasid.
3. Pokok yang berumur.
4. Baja yang berlebihan dan tidak seimbang.
5. Disebar oleh tanaman lain yang telah dijangkit oleh
    penyakit BSR seperti pokok kelapa dan getah.
6. Tanam semula di atas kawasan yang belum dibersihkan
    dengan teliti yang menghadapi BSR sebelum ini.
7. Menggunakan baja organik 'mentah' atau yang tercampur
    abuk kayu yang mengandungi spora seperti tahi ayam.
8. Penggunaan racun rumpai menyebabkan reput akar.

Jangka panjang dan penggunaan baja kimia yang berlebihan menjadi punca keasidan tanah, strain mikrob tanah akan berkurangan atau apabila kehilangan keseimbangan ekologi,imunisasi pokok akan menjadi lemah dan mudah dijangkit penyakit BSR. 

 Kaedah pencegahan & Pengawalan Penyakit Sawit

Penyakit Jembala (Crown Disease)
Untuk mengelakkan merebaknya penyakit ini, bahagian yang dijangkiti hendaklah dipotong dan diikuti dengan semburan 0.1% Thiabendazol.

Reput pucuk (But Rot – Spear Rot)
Pengawalan yang dilakukan adalah dengan mencabut pucuk-pucuk yang mati dan sembur bahagian tersebut dengan campuran racun kulai atau racun bacteria seperti Thiram dan Streptomycin. Selain itu, untuk merawat penyakit ini dari menjadi lebih serius, baja yang digunakan hendaklah mengandungi asid phosphoric, potassium hydroxide dan potassium citrate samada melalui suntikan ke batang pokok atau melalui serapan akar. Baja Green Drops mengandungi 8.28% Potassium, 3.07% Phosphorus dan 6.10% Nitrogen dan ia mencukupi untuk mencegah serta mengurangkan penyakit Reput Pucuk.

Reput Batang Bahagian Atas (Upper Stem Rot)
Penyakit ini boleh dikawal dengan memotong bahagian yang diserang dan sapu cat pelindung pada bahagian tersebut. Pokok yang mati hendaklah dimusnahkan dengan cara membakar.

Reput Tandan Buah (Marasmius)
Penyakit reput tandan buah boleh dikawal dengan cara memusnahkan semua tandan  yang diserang. Jika hanya sebahagian sahaja yang diserang, semburan racun kulat adalah disyorkan. Langkah pencegahan boleh dilakukan dengan cara membuang semua tandan buah muda supaya kulat tidak merebak dan menjadikan tandan-tandan berkenaan busuk.

Reput Pangkal Batang (Basal Stem Rot)
Penyakit ini belum ada satu kawalan yang baik. Bagaimanapun penyakit seumpama ini dapat dielak dengan menjaga kebersihan ladang dengan baik. Pokok yang kena serangan perlu dimusnahkan.

Cara rawatan penyakit cendawan:
Pulihkan tanah dahulu. Baja Green Drops mampu memulih dan meningkatkan tahap PH dalam tanah. Baja Green Drops juga mampu mengurangkan fungal, pathogen, nematode dan lain-lain penyakit dalam tanah. Ini sekaligus akan membunuh bakteria cendawan.
Ingat, perlu sihatkan dahulu tanah sebelum membuat sebarang rawatan terhadap ganoderma.  Dengan penggunaan baja Green Drops, tanah akan kembali kepada neutral dan persekitaran yang sihat ini akan membantu pertumbuhan kelapa sawit. Baja Green Drops mengandungi semua unsur yang diperlukan oleh tumbuhan seperti Aluminium, Boron, Calcium, Carbon, Copper. Iron, Magnesium, Manganese, Molybdenum, Nitrogen, Oxygen dan banyak lagi.