Harga baja dan racun semakin meningkat di Sabah menjejaskan ekonomi peladang kecil

Keluhan demi keluhan dari peladang dan petani kecil di Sabah telah membuktikan bahawa penggunaan baja yang sesuai dan memberi pulangan besar adalah suatu kemestian.Selain itu, penggunaan racun mestilah dikurangkan kerana harga racun yang semakin melambung saban tahun. Baja Green Drops diharap mampu meningkatkan ekonomi petani kecil dan peladang dalam sektor perladangan kelapa sawit. Lihat artikel yang dipetik dari New Sabah Times:


Ribuan pekebun kecil mengeluh harga baja, racun naik mendadak

 
TAWAU: Ribuan pekebun kecil kelapa sawit di kawasan Tawau, Sem-porna, Kunak dan Lahad Datu malah mungkin di seluruh Sabah mengeluh dengan kenaikan harga baja dan racun yang mendadak serta “mene-kan” mereka.
Pekebun kecil berkenaan menganggap kadar kenaikan harga bahan kimia itu dalam tempoh setahun lepas sebagai keterlaluan sehingga harapan mereka untuk menikmati pendapatan daripada harga kelapa sawit yang dianggap tinggi sekarang tidak lagi membawa makna ketara.
“Harga kelapa sawit yang agak tinggi sekarang tidak membawa banyak pe-rubahan kepada kehidupan pekebun ke-cil kelapa sawit. Setahun lalu, baja campuran (baja untuk kesuburan) cuma berharga RM75 namun kini meningkat kepada RM105.
“Racun Sentry pula kini berharga RM450 bagi setiap 20 liter berbanding cuma RM185 setahun lalu. Dalam tempoh setahun berkenaan, harga racun meningkat secara berperingkat sebanyak lima kali.
“Mula-mula RM185 kepada RM220. Kemudian kepada RM280, 340, 380 dan terbaru RM420. Pekebun kecil seperti kami sememangnya terasa tertindas,” kata Mohd Amin Abdul Mim, 39, seorang daripada pekebun kecil di Sem-porna di sini kelmarin.
Menurut Mohd Amin, pekebun kecil sepertinya tidak mempunyai pilihan selain membeli bahan baja dan racun kimia berkenaan kerana tanpa penggunaan bahan itu gred kelapa sawit akan terjejas.
Beliau yang mengusahakan kebun kelapa sawitnya seluas 8.1 hektar berkata apabila gred kelapa sawit jatuh harga yang ditawarkan pembeli juga rendah dan jika ini berlaku ia akan lebih me-rugikan pekebun kecil.
Pihak paling terjejas berikutan ke-naikan harga baja dan racun itu ialah pekebun kecil seperti mereka manakala pihak ladang mungkin kurang merasainya kerana kos berkenaan dapat ditampung melalui saiz pengeluaran kelapa sawit ladang yang besar, katanya.
Seorang lagi pekebun kelapa sawit Affandi S. Mohd, 39, pula bimbang dengan perkembangan harga bahan kimia berkenaan yang dianggapnya keterlaluan berbanding harga pasaran buah kelapa sawit yang agak menurun sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata pada Ogos lepas, harga kelapa sawit ialah RM514 setan metrik menurun daripada RM682 setan metrik pada bulan Jun dan menjangka harga komoditi berkenaan akan terus menurun pada bulan ini.
Beliau yang mengusahakan kebun kelapa sawitnya seluas 18 hektar di Pu-lau Sebatik menjelaskan bahawa seta-hun lepas harga baja buah cuma RM31.50 seguni namun kini sudah melonjak kepada RM140 seguni.
“Sudah tentu pendapatan yang sepatutnya dinikmati pekebun kecil seperti kami akan terjejas teruk berikutan ke-naikan harga baja dan racun berkenaan yang kami rasakan cukup tinggi,” kata-nya.
Sehubungan itu Affandi merayu kerajaan supaya memantau secara serius perkembangan harga bahan kimia berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk meringankan beban kos mengusahakan kebun kelapa sawit yang terpaksa ditanggung pekebun kecil sepertinya.
Di Tawau sahaja, terdapat kira-kira 10,000 pekebun kecil termasuk pekebun kecil kelapa sawit. Jumlah itu tidak termasuk jumlah pekebun kecil di Semporna, Kunak dan Lahad Datu.