Kebanyakan bahan organik bertindak sebagai baja dan penyubur tanah dimana mereka memberi makanan kepada tanah dan juga tumbuhan. Ia merupakan perbezaan besar di antara penggunaan bahan kimia dengan bahan organik terhadap penyuburan tanah dan pembajaan. Baja organik yang terlarut mengandungi garam mineral yang membantu akar untuk menyerap dengan cepat. Walau bagaimanapun, garam tersebut tidak semestinya menyediakan makanan kepada mikroorganisma tanah dan cacing, dan besar kemungkinan menghalau cacing tanah kerana garam akan menyebabkan tanah menjadi berasid. Begitu juga tanah yang diberi sepenuhnya baja kimia sintetik akan menghilangkan kandungan organik dan semua organisma hidup yang penting dalam membantu membina tanah yang berkualiti dan subur. Disebabkan struktur tanah yang semakin tandus dan kemampuan tanah untuk menghadang air semakin hilang, tanah memerlukan lebih banyak bahan kimia untuk merangsang pertumbuhan pokok. Untuk mengelak dari menghadapi masalah tersebut, baja organik adalah saranan terbaik.
Proses pembuatan kebanyakan baja kimia bergantung kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti arang dan gas semulajadi. Selebihnya diperbuat daripada batu mineral yang berasid untuk lebih bersifat larut. Malangnya, kini semakin banyak baja organik yang lebih baik telah wujud di pasaran. Produk organik tersebut diperbuat daripada tumbuhan semulajadi, bahan-bahan dari sumber binatang atau dari batu mineral yang dilombong. Walau bagaimanapun, standard kebangsaan untuk membezakan antara baja organik dan baja kimia adalah agak mengelirukan, jadi sukar untuk memastikan samada baja yang dilabel sebagai organik tersebut hanya mengandungi bahan yang selamat atau bahan semulajadi sepenuhnya.
Penggunaan baja organik
Sekiranya anda sudah terbiasa menggunakan baja kimia dan ingin menukar baja anda kepada organik, anda mungkin akan berasa takut dan was-was kerana memikirkan keberangkalian bahawa penggunaan bahan organik adalah lebih sukar dan tidak mudah berbanding penggunaan baja kimia campuran. Sudah tentu tidak! Campuran baja organik adalah mudah dan berkesan seperti baja kimia. Anda tidak perlu untuk mengubah kandungan baja mengikut jenis tumbuhan yang anda tanam kecuali label menyatakan sebaliknya. Ramai yang sudah berpuas hati dengan hasil penggunaan baja organik yang dianggap lebih selamat kepada tumbuhan dan tanah.
Baja Green Drops merupakan salah satu baja organic yang mengandungi 100 peratus sumber organic. Ia berfungsi untuk tanah, akar, batang, daun dan pokok. Baja Green Drops juga mengandungi lebih dari 100 jenis bacteria baik yang mampu mengurai organism dalam tanah untuk menjadikan tanah menjadi subur dan berkualiti selain merawat pokok yang bermasalah. Selain itu, baja Green Drops merupakan baja organic foliar yang menggunakan teknik semburan kabus dimana teknik ini dikatakan mampu menyerap 8 – 10 kali lebih efektif menyerap nutrient berbanding teknik pembajaan biasa (baja butir). Biasanya selepas semburan baja foliar ini, warna daun pokok akan lebih kepada hijau gelap dan kadar kehilangan baja melalui larut serap oleh tanah juga mampu dihindarkan.
Teknik pembajaan menggunakan semburan kabus juga mampu meningkatkan penyerapan N, P dan K sekaligus meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil tanaman. Apabila baja tersebar dengan efektif, maka imunisasi tumbuhan terhadap serangan penyakit juga turut meningkat. Kadar pokok yang terkena serangan penyakit akan berkurangan 80 peratus setelah menggunakan baja foliar Green Drops. Selain itu juga, kaedah merawat tanah oleh baja foliar yang menggunakan agen biological dalam pengambilan nutrient, vitamin dan hormone menjadikan baja Green Drops pilihan utama petani dan peladang.
Kandungan lain yang ada pada baja Green Drops adalah seperti Aluminium, Boron, Calcium, Carbon, Copper, Iron, Magnesium, Manganese, Molybdenum, Nitrogen, Oxygen, Phosporus, Pottasium, Sodium, Sulfur dan Zinc. Baja Green Drops juga menggunakan unsur zeolite sebagai komponen yang sangat bermutu dan bernilai untuk merawat tanah pertanian. Zeolite merupakan proses pengasingan mineral yang dilombong dari gunung berapi. Ia juga mampu merawat pH tanah dengan menggunakan rawatan air dimana ia mengubah tahap pH tanah masam (pH3 -5) kepada tanah subur (pH 7 – 8). Ini dapat dibuktikan dengan kesan penggunaan baja Green Drops setelah 3 minggu apabila tahi cacing penuh di sekeliling pokok dan akar baru yang muda akan tumbuh.