Perkara Yang Perlu Dilakukan Oleh Petani Menghadapi Peningkatan Kos Pembajaan
- Pembajaan secara berterusan: Ini bermakna, pokok sawit haruslah sentiasa dibaja walaupun harga baja meningkat. Pembajaan adalah penting agar pokok sawit sentiasa mendapat nutrien yang diperlukan oleh tanah untuk terus subur. Sekiranya tidak mendapat pembajaan yang teratur, pokok sawit akan mudah dijangkiti penyakit dan ini sekaligus akan meningkatkan kos petani untuk merawat penyakit pokok tersebut kelak. Harga baja sudah lah mahal, bertambah pula kos untuk perawatan pokok yang sudah semestinya akan membebankan para petani.
- Pembajaan Menggunakan Baja Organik: Sekiranya pokok sawit yang ditanam masih menghasilkan buah yang kurang bermutu, hasil yang kurang memuaskan dan pokok berpenyakit, ini menandakan bahawa pembajaan menggunakan baja sebatian atau baja kimia semata-mata adalah salah. Kaedah pembajaan menggunakan baja kimia semata-mata akan menyebabkan tanah terus tandus dan kemampuan untuk menyerap air akan semakin berkurangan. Bila tanah tandus, taburan baja yang banyak sekalipun tidak dapat diserap oleh tanah dengan cekap. Pembaziran baja akan berlaku. Peranan baja organik akan membantu meningkatkan kecekapan tanah menyerap air dan nutrien dari baja yang ditabur. Boleh lihat perbezaan baja organik dengan baja kimia disini: http://greenfoliar.blogspot.my/2014/07/kelebihan-baja-organik-berbanding-baja.html
Bagaimana Pembajaan Kelapa Sawit Musim Hujan
- Membaja Sebelum Hujan Turun: Sekiranya cuaca biasa turun pada sebelah petang, membaja perlu dilakukan pada sebelah pagi. Kaedah pembajaan sebegini sesuai untuk baja yang mampu menyerap dalam 2-5 jam. Baja Organik Green Drops mempunyai kadar serapan yang tinggi iaitu mampu menyerap ke dalam tanah dalam masa 2 jam sahaja. Oleh itu, pembajaan pada musim hujan tidak menjadi masalah. Kadar penyerapan yang tinggi ini boleh dilihat melalui kesan pada akar muda yang tumbuh hanya selepas 3 minggu pembajaan.