Risiko Melabur Untuk Baja Sawit Part 1

Berapa banyakkah yang anda sanggup labur atau keluarkan duit anda untuk membeli baja?
Adakah cukup dengan menggunakan baja subsidi atau baja percuma yang diberi oleh kerajaan dalam meningkatkan hasil sawit anda?
Adakah memadai ladang anda menghasilkan kurang dari 1 tan seekar dalam masa sebulan?

Ramai peladang sawit yang di temubual berkenaan baja sawit, rata-rata kurang berpuas hati dengan baja yang digunakan sekarang dan berharap agar wujudnya baja sawit yang mampu meningkatkan hasil sawit mereka sekurang-kurangnya sekali ganda dari hasil yang ada. Kami tidak memberi jaminan bahawa baja kami mampu meningkatkan hasil yang berganda-ganda, tetapi jaminan kami bahawa baja yang kami sediakan mampu memberi peluang kepada tanaman sawit mereka untuk mengeluarkan hasil yang lebih baik. Cukup dengan pandangan dan pendapat pembeli baja kami yang telah berjaya meningkatkan hasil ladang mereka sehingga 2 kali ganda dalam masa 3 bulan!

Percayakah anda bahawa ladang sawit anda mampu mengeluarkan hasil lebih dari 1 tan seekar? Ya! kenapa tidak? Pokok yang sudah dibaja dengan baja Green Drops akan melalui fasa merawat, menyubur dan sekaligus meningkatkan hasil sawit. Dalam masa 3 minggu, pokok yang sudah dibaja akan mengeluarkan akar baru yang sihat dan tahi cacing penuh dikeliling pokok. Tahi cacing menunjukkan bahawa tanah sudah subur kerana telah menyerap segala jenis nutrisi yang baik untuk tumbesarannya. Apabila pokok sudah subur, maka penghasilan buah sawit yang lebih baik dan lebih besar akan berlaku. Sebab itu, tidak mustahil sawit mampu menghasilkan buah lebih dari 1 tan seekar.

Baja Green Drops juga tidak bermasalah untuk ditanam di atas kawasan berbukit, mahupun kawasan yang dahulunya sukar dibaja kerana baja selalu di hanyut air. Dengan berkat kesabaran dan syukur kepada teknologi terkini, baja yang dahulunya lambat untuk diserap oleh tanaman kini mampu meningkatkan serapan hanya dalam masa 2 JAM dengan teknologi dari Jepun, Thailand dan Malaysia ! Baja Green Drops menggunakan teknik semburan karpus dimana kadar serapan yang pantas ini membuatkan peladang tidak perlu memikirkan samada hujan, air pasang, atau musim banjir mampu menenggelamkan baja yang sudah ditabur.