Baja Green Drops mengandungi semua yang diperlukan oleh pokok kelapa sawit untuk tumbuh dengan sihat dan menghasilkan buah sawit yang lebih berkualiti. Baja Green Drops menggunakan teknik semburan karpus dimana hasil kajian menunjukkan bahawa teknik ini 8 – 10 kali lebih efektif untuk pokok menyerap nutrien. Teknik semburan foliar ini juga telah meningkatkan selullar sintesis klorofil dan selepas semburan baja foliar, biasanya kita akan lihat warna daun akan lebih kepada hijau gelap. Ia boleh diukur dengan menggunakan Refractometer. Ini juga menyebabkan kadar kehilangan baja melalui larut resap oleh tanah dapat dihindarkan. Memandangkan kadar serapan baja Green Drops juga hanya mengambil masa 2 jam sahaja, ini sekaligus meningkatkan kualiti dan hasil disebabkan peningkatan penyerapan unsur N, P dan K.
Penggunaan baja Green Drops secara berterusan juga mampu menambah ketahanan dan rintangan terhadap penyakit, cuaca panas atau kemarau kerana baja foliar memberi keutamaan pada pokok untuk menarik lebih banyak serapan nutrient secara efisien dari media.
Apakah yang berlaku sekiranya tumbuhan kekurangan unsur Nitrogen, Phosphorus dan Potasium (K)?
Nitrogen diperlukan oleh tumbuhan dalam meningkatkan klorofil daun. Kekurangan penyerapan nitrogen akan menyebabkan daun berwarna kekuningan, pokok menjadi terbantut, akar akan terbantut, risiko tinggi untuk terkena penyakit dan bunga akan kurang cantik.
Phosphorus pula diperlukan untuk pertumbuhan sel pokok, akar yang sihat dan menyimpan tenaga. Kekurangan phosphorus akan menyebabkan pokok tidak boleh berbunga, akar menjadi tidak sihat dan daun akan berwarna ungu.
Unsur potassium (K) pula diperlukan dalam menghasilkan klorofil untuk daun, sel pokok, bunga dan buah selain meningkatkan imunisasi pokok serta mengeluarkan gula untuk pokok membesar. Kekurangan potassium akan menyebabkan batang pokok menjadi tidak kuat, hujung daun menjadi tua dan keliling daun menjadi coklat.