Kelebihan Baja Menggunakan Unsur Zeolite

Seperti yang anda sudah maklum, baja Green Drops mengandungi semua unsur yang diperlukan oleh tumbuhan untuk tumbuh sihat dan subur. Salah satu unsur penting yang ada pada baja organik cecair Green Drops adalah unsur zeolite. Tahukah anda apakah unsur zeolite tersebut?

Zeolite merupakan mineral natural yang sangat menakjubkan dan istimewa kerana kemampuannya yang luar biasa dalam menyerap, memerap (hold release) dan menukar pelbagai jenis kimia seperti nutrien, racun dan ion. Zeolite terbentuk dari komponen lahar gunung berapi berjuta tahun dahulu dan sangat berguna dalam menyuburkan tanah.



Zeolite mempunyai struktur atom dalaman yang berongga yang menyediakan ruang terbuka dengan rangkaian ruang-ruang yang memberikan permukaan yang luas (sehingga 450m2/g) dan kemampuan yang tinggi sehingga 45% untuk merangkap dan menukar unsur-unsur seperti air dan lain-lain molekul tanpa mengubah strukturnya.

Zeolite juga sangat aktif, tidak mudah larut dan mempunyai mineral semulajadi yang stabil dimana ia merupakan sebahagian dari kumpulan hydrated alumina silicates dan sangat sesuai digunakan sebagai penambahan organik dalam perladangan dan perkebunan. Ia mempunyai unsur negatif diimbangkan dengan unsur-unsur bebas yang berunsur positif. Ini menjadikannya perangkap yang sangat sesuai untuk unsur-unsur positif seperti ammonium yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi dan potassium yang akan dilepaskakn pada kadar yang diperlukan oleh tumbuhan. 

Mineral utama yang terdapat di dalam Zeolite ialah clinoptilolite yang merupakan silikat kalsium, potassium, magnesium dan alumino dan memiliki kadar penukaran cation (CEC) +120 meq./100g. Zeolite amat keras dan rendah dalam kandungan sodium berbanding dengan mineral jenis lain yang terdapat di pasaran, dan dengan itu amat tahan dengan segala keadaan dan sesuai untuk kegunaan perladangan dan perkebunan.